Isnin, 11 Mac 2013

SEBAB, SYARAT DAN MANI'


Hukum wadh’i ialah khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu yang lain atau sebagai syarat atau penghalang baginya, Berdasarkan pengertian ini, pembahagian hukum wadh’iterbahagi kepada tiga perkara dan yang pertamanya ialah Sababiah (سببية), Syartiah (شرطية) dan Mani’iyyah (مانعية). Sababiah (سببية) bermaksud khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai sebab. Perbuatan yang berhubung dengannya dinamakan sebagai sebab. Manakala Syartiah ((شرطية  membawa erti yang sebaliknya iaitu khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai syarat, perbuatan yang berhubung dengannya dinamakan sebagai syarat. Seterusnya yang ketiganya ialah Mani’iyyah (مانعية) yang bermaksud suatu khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai penghalang. Perbuatan yang berhubung dengannya dinamakan sebagai penghalang yakni mani’.

SEBAB

Dari sudut bahasa ianya bermakna sesuatu yang menghubungkan kepada sesuatu maksud. Manakala dari sudut istilah ulama’ usul sebab ialah suatu sifat yang nyata dan tetap yang dijadikan oleh syara’ sebagai tanda atau petunjuk ke atas kewujudan sesuatu hukum syara’.Daripada pengertian istilah ini ianya menjelaskan bahawa kewujudan sebab ke atas setiap perkara merupakan tanda atau petunjuk ke atas wujudnya hukum syara’. Contohnya seperti kelihatan anak bulan Ramadhan dijadikan sebagai sebab kewajipan melaksanakan puasa di bulan Ramadhan sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda daripada Abdul Rahaman ibnu Zaid al-Khattab (r.a) yang berbunyi:
صوموا لرؤيتة و افطروا لرؤيتة[1]
Berpuasalah kamu kerana kamu melihatnya (anak bulan) dan berbukalah kerana kamu  melihatnya (anak bulan).
Dan juga di dalam surah al-Baqarah (185):
فمن شهد منكم الشهر فليصمه[2]
Maksudnya:Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahui), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
Antara contoh lain yang dijadikan oleh syara’ sebagai sebab ialah gelincir matahari bagi memulakan kewajipan solat zohor yang terdapat dalam surah al-Isra’ (78):
اقم الصلوا لدلوك الشمش الى غسق اليل[3]
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam.

SYARAT
Dari segi bahasa bermakna satu tanda yang lazim. Manakala dari segi istilah ulamak usul ialah kewujudan sesuatu perkara bergantung atas kewujudannya tetapi ia (syarat) bukan sebahagian daripada perkara tersebut. namun, tidak semestinya kewujudan syarat akan mewujudkan perkara itu tetapi yang pasti apabila ketiadaan syarat, maka perkara tersebut tidak akan wujud.
            Ini menjelaskan bahawa keadaan hukum sesuatu perbuatan itu sama ada sah atau batal adalah dipengaruhi oleh kewujudan syarat. Sebagai contohnya, sahnya sesuatu solatitu adalah kerana syarat-syaratnya ada padanya dipenuhi.Sekiranya syarat-syarat ini tidak ada maka solat seseorang itu tidak sah. Misalnya tentang kewajipan berwudhu’ :
يايها الذين ءامنوا اذا قمتم الى الصلوا فاغسلوا وجوهكم وايديكم الى المرفق وامسحوا بوءوسكم وارجلكم الى الكعبين[4]
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu’lah) iaitu basuhlah muka,dan kedua tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari  kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

            Akan tetapi dengan berwudhu’, tidak melazimkan seseorang itu untuk melakukan solat malah mungkin juga untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.

PENGHALANG (mani’)
Penghalang dari segi bahasa ialah penghalang antara dua perkara. Dari segi istilah ulama’ usul ialah sesuatu perkara yang diletakkan oleh syara’ dengan kewujudannya akan menjadi sesuatu hukum itu tidak ada atau tidak mewujudkan sebab atau menbatalkannya.Misalnya seseorang yang dalam keadaan berhadas dilarang daripada mengerjakan ibadah sehinggalah ia suci. Penghalang bagi ia  mengerjakan ibadat ialah berhadas berdasarkan firman Allah S.W.T:
وان كنتم جنبا فاطهروا[5]
Dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.                                                                                                 
Contoh lain ialah penghalang bagi seseorang mewarisi harta apabila si pewaris merupakan pembunuh kepada si mati, perbezaan agama merupakan penghalang kepada perwarisan harta dan sebagainya.



PEMBAHAGIAN HUKUM SYARA’ YANG TERDAPAT PERSELISIHAN PENDAPAT DALAM KALANGAN ULAMA’


Para ulama’ telah berselisih pendapat mengenai beberapa pembahagian hukum yang lain sama ada ia termasuk dalam bahagian hukumtaklifi atau hukumwadh’i. Hukum –hukum tersebut ialah hukum ‘azimah dan rukhsah serta hukum sah dan batal.

Ø  Pertama: Hukum ‘azimah dan rukhsah

Ada di antara ulama’ yang mengatakan bahawa ‘azimah dan rukhsah termasuk dalam bahagian hukumtaklifi.Alasannya adalah berdasarkan kepada istilah “azimah” merujuk kepada perkara yang ditentukan oleh syarak atau diharuskan oleh syara’ kerana keadaan yang benar-benar mendesak atau keperluan.Oleh itu, sesuatu yang berupa tuntutan atau diharuskan adala dari hukumtaklifi bukannya wadh’i.
            Manakala ulama’ yang lain pula berpendapat bahawa kedua-duanya adalah termasuk dalam hukumwadh’i kerana ‘azimah merujuk kepada ketetapan syara’ menjadikan keadaan normal bagi manusia sebagai sebab diteruskan hukum-hukum asal yang umum, manakala rukhsah merujuk kepada ketetapan syara’ menjadi sesuatu keadaan yang mendatang sebagai sebab keringanan sesuatu hukum ke atas hambanya. Oleh itu, sesuatu yang dijadikan sebab keringanan sesuatu hukum ke atas hambanya.Oleh itu, sesuatu yang dijadikan sebab merupan hukumwadh’i.Pendapat yang dipilih seperti seperti yang terdapat dalam buku “al-Wajiz fi Usul al-Fiqh” adalah pendapat pertama iaitu ‘azimah dan rukhsah daripada hukumtaklifi.

Pengertian ‘azimah
‘Azimah ialah hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t sejak dari permulaan untuk dijadikan hukum-hukum umum bagi setiap mukallaf dalam semua keadaan. Misalnya pengharaman  berbuka puasa pada siang hari dalam bulan Ramadhan dan kewajipan berpuasa kepada sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan berdasarkan firman Allah s.w.t :
فمن شهد منكم الشهر فليصمه
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa di bulan itu.

Oleh itu kewajipan berpuasa dan pengharaman berbuka puasa merupaka hukum asal (‘azimah) di mana syara’ menetapkanya sejak awal lagi. Ini kerana pensyariatan berkaitan dengannya tidak di dahului dengan perintah yang lain. Demikian juga syara’ tidak mengaitkan  dalam nas ini dengan sebarang bentuk keuzuran. Maka jelaslah bahawa dalam hukum ini ia merupakan satu ketetapan awal yang tidak dikaitkan dengan apa-apa keuzuran serta dalam bentuk yang umum dan menyeluruh.

Konsep Rukhsah
Rukhsah ialah sesuatu yang disyariatkan oleh Allah s.w.t daripada hukum-hukum sebagai satu kelonggaran dan keringanan ke atas mukallaf dalam sestengah kaedaan  disamping mengekalkan hukum asal. Diantara contohnya ialah diharuskan tidak berpuasa bagi orang yang musafir. Maka ia merupaka hukum syara’ sesuai dengan keuzuran yang ada padanya yaitu perjalanan (سفر)  sebagai keringanan dari hukum     asal yang menyeluruh iaitu wajib berpuasa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
ومن كان مريضا او على سفر فعدة من ايام اخر[6]
Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Bahagian-bahagian rukhsah
Ulama’ Syafi’iyyah dan Hambali telah membahagikan rukhsah kepada empat bahagian iaitu wajib, sunat, harus dan Khilaf al-awla. Jika seseorang muslim sedang berjihad atau berhijrah ataupun melakukan sesuatu yang dituntut baginya untuk melakukan perkara tersebut sedangkan dia sedang menahan laparnya untuk memakan sesuatu maka hukumnya ialah wajib bagi muslim itu seperti memakan bangkai kerana terpaksa dan demi menjaga nyawanya berdasarkan firman Allah s.w.t :
ولا تلقوا بايديكم الى التهلكه[7]

Selain itu, terdapat juga sebahagian perkara yang menjurus kepada hukum wajib, tetapi telah diberikan keringanan bagi seseorang muslim itu untuk melaksanakannya seperti bagi orang yang sedang bermusafir yang melibatkan perjalanan yang sangat jauh, serta melibatkan antara dua marhalah maka hukumnya adalah sunat dia mengqasarkan solatnya berdasarkan hadis Saidina Umar (r.a):
صدقة تصدق الله بها عليكم فاقبلوا صدقته[8]
Hukum rukhsah  yang seterusnya ialah melibatkan harus dimana ia menjurus kepada keadaan menjual salam, sewa dan lain-lain dalan akad muamalat. Perkara seperti ini mengharuskan seseorang itu melakukannya kerana ia telah ditetapkan dalam Islam agar dapat menjaga dan menghormati antara satu sama lain. Ia juga sebagai bukti bahawa dengan melakukan akad dan menjual salamini dapat mengeratkan ukhuwah antara manusia. Khilaf al-awla juga termasuk dalam hukum keringanan yang ditetapkan. Hal ini seperti berbuka puasa bagi musafir yang tidak memudaratkannya jika ia meneruskan puasanya tetapi sekira sebaliknya, maka dia hendaklah berbuka kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan dan keselamatan bagi dirinya berdasarkan firman Allah s.w.t :
وان تصوموا خيرلكم[9]
Manakala ulama’-ulama’ Hanafiah pula membahagikan rukhsah kepada empat jenis yang pertamanya ialah mengharuskan perbuatan yang diharamkan ketika darurat seperti melafazkan kufur ketika dipaksa dengan ugutan membunuh atau memotong sebahagian anggota badan sedang hatinya tetap beriman. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
من كفر بالله من بعد ايمنه الا اكره وقلبه مطمين بالايمن
Selain itu, jenis yang keduanya ialah wajib meninggalkan apabila mendapat kesukaran seperti berbuka puasa di bulan Ramadhan bagi musafir atau orang sakit. Hal ini lebih menjurus kepada keringanan  bagi orang-orang  seperti yang berpuasa dan sekiranya terdapat sebarang kesukaran dan kesulitan bagi meneruskan puasanya, ia haruslah berbuka bagi mengelakkan kemudaratan serta menjaga keselamatan dirinya begitu juga hal-hal yang lain baginya.
Jenis yang seterusnya ialah harus melakukan akad-akad dan pengurusan yang diperlukan manusia walaupun bertentangan dengan kaedah seperti akad jual salam bertentangan dengan kaedah kerana menjual sesuatu yang tidak wujud semasa majlis akad.Islam telah menetapkan beberapa hukum yang mudah dan sebagai umat yang berpegang kepada ajaran Islam seharusnya lebih mengetahui dan lebih terbuka dalam melaksanakan hukumnya dan perintahnya.Jenis seperti ini adalah mengharuskan umat Islam melakukan akad apabila terjadi pada waktu yang diperlukan.Ulama’-ulama’ Hanifah menggariskan jenis rukhsah yang terakhir yang telah ditetapkan oleh mereka ialah menghapuskan kesukaran yang disyariatkan pada syariat yang terdahulu dan meringankan pada umat Islam seperti mensyaratkan bunuh diri untuk bertaubat daripada melakukan dosa dan sebagainya.Rukhsah jenis ini hanyalah majaz sahaja kerana pada asalnya ia tidak disyariatkan serta tiada sesuatu itu dinamakan  ‘azimah sehinggalah ada rukhsah disebaliknya.

Terdapat juga mengapa berlakunya rukhsah dalam melakukan sesuatu yang telah diperintahkan Allah s.w.t antaranya berpuasa di bulan Ramadhan.Bagi musafir yang sedang berpuasa maka diharuskan berbuka. Selain itu, bagi orang yang sedang, maka dia juda harus berbuka, begitu juga bagi orang yang terpaksa dan terlupa akan sebenarnya dia sedang berpuasa maka hendaklah mereka berbuka kerana dengan jalan ini sahajalah dapat memberi keringanan kepadanya. 

Ø  Kedua : Hukum Sah dan Batal

Ulama’ usul brselisih pendapat dalam menentukan kedudukan hukum sah dan batal sama ada dalam bahagian hukum taklifi atau hukum wadh’i. Sebahagian ulama’ berpendapat kedua-duanya daripada bahagian hukum taklifi. Mereka memberikan alasan bahawa hukum sah merujuk kepada syara’ mengharuskan mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara itu sedangkan hukum batal pula merujuk kepada syara’ mengharamkan mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara tersebut.

Misalnya ,dalam menyatakan hukum terhadap jualbeli yang sah ia bermakna syara’ mengharuskan pembeli mengambil manfaat ke atas barangan tersebut. Manakala jualbeli yang batal pula bermakna syara’ mengharamkan mengambil manfaat ke atas barangan yang dijual beli itu. Pendapat sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa hukum sah dan batal merupakan bahagian hukum wadh’i. Hujah mereka berdasarkan kepada perkaitan hukum sah sesuatu perbuatan itu menurut hukum syara’ apabila perbuatan tersebut dilaksanakan bertepatan perbuatan itu menurut syara’ apabila perbuatan tersebut dilaksanakan bertepatan dengan rukun-rukun da syarat-syaratnya.Sebalik hukum batal ialah apabila sesuatu perbuatan itu tidak menepati rukun-rukun dan syarat-syarat bagi perbuatan tersebut.
           
            Namun yang demikian, menurut Dr.Abd.Karim Zaidan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-wajizfi usul al-fiqh’ telah memilih pendapat yang kedua ini kerana berpendapat bahawa di dalam hukum sah dan batal tidak ada yang berkaitan dengan suruhan.larangan dan pilihan. Sebaliknya di dalam kedua-dua hukum ini, syara’ hanya menyatakan sifat bagi sesuatu perbuatan sama ada bertepatan dengan rukun dan syarat ataupun tidak. Oleh itu, ketetapan syara’ tentang sifat bagi sesuatu perbuatan merupakan sebab ada atau tiadanya  hukum syara’ dan jelas bahawa sebab adalah bahagian daripada hukum wad’h’i.

KONSEP SAH DAN BATAL
Konsep ini terbahagi kepada dua iaitu ibadat dan muamalat.Makna bagi ibadatialah segala amalan yang bertujuan mendampingkan diri kepada Allah s.w.t dan memperkukuhkan hubungan di antara manusia dengan penciptanya. Manakala muamalat pula membawa erti segala bentuk akad-akad dan pengurusan yang berlaku sesame manusia seperti jualbeli,sewa,gadai,berkahwin,bercerai,jenayah dan sebagainya.


[1] Hadis riwayat Abdul Rahman ibnu Zaid Al-Khattab
[2] Surah al-Baqarah ayat 185
[3] Surah al-Isra’ ayat 78
[4] Surah al-Maidah ayat 6
[5] Surah al-Maidah ayat 6
[6] Surah al-Baqarah ayat 184

9 Hadis riwayat saidina umar
[9] Surah al-Baqarah ayat


PENUTUP
Kalangan Ahli Ushul fiqh,hukum syara’adalah “Kitab(titah) Allah s.w.t yang menyangkut tindak tanduk mukallaf dalam bentuk tuntutan, pilihan berbuat atau tidak atau dalam bentuk ketentuan ketentuan.Para ahli fiqh  membahaginya kepada  dua  bahagian dalam hukum syara’.Pertama hukum taklifi dan hukum wadh’i.Hukum Taklifi iaitu hukum yang menjelaskan tentang perintah larangan dan pilihan untuk menjalankan sesuatu atau meninggalkannya.Contoh hukum yang menunjukkan perintah adalah dirikanlah solat,membayar zakat dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah.Mazhab Hanafi membahagikan hukum taklifi ini kepada tujuh iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sedangkan hukum wadh’I itu sendiri adalah titah Allah s.w.t yang berbentuk wadh’i yakni berbentuk ketentuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t secara  tidak langsung mengatur perbuatan mukallaf,tetapi berkaitan dengan perbuatan mukallaf ituseperti tergelincirnya matahari menjadi sebab masuknya waktu zuhur. Hukum wadh’i sendiri terbahagi kepada lima iaitu sebab, syarat, mani’(penghalang), rukhsah, sah dan batal.Sebahagaian besar ulama’ berpendapat bahawa yang menjadi sumber hukum syar’i bagi seluruh perbuatan mukallaf ialah Allah s.w.t. Objek hukum adalah sesuatu yang dikehendaki oleh pembuat hukum untuk dilakukan atau ditinggalkan oleh manusia.atau dibiarkan oleh pembuat hukum untuk dilakukan atau tidak.Menurut ahli fiqih objek hukum ialah sesuatu yang berlaku padanya hukum syara’.Objek hukum adalah perbuatan itu sendiri.Hukum itu berlaku pada perbuatan dan bukan pada zat seperti daging babi. Subjek hukum disini adalah perbuatan mukallaf yang menyangkutkan hukum syar’i, dan diisyaratkan si mukallaf itu untuk mengesahkan taklifnya menurut syariat  atas dua syarat.Pertama hendaklah dia mampu memahami dalil taklif bahawa dia mampu memahami undang-undang yang dipaksakan kepadanya itu dari Al-Quran dan Al-Sunah. Itu sendiri atau dengan perantara.Orang yang tidak sanggup memahami dalil taklif itu maka tidak mungkin diamelaksanakan apa yang dipaksakan kepadanya itu dan tidak akan berhasil apa yang dimaksudkannya itu.Kemampuan memahami dalil taklif itu hanya dapat dengan mempergunakan nas-nas yang disusun oleh ahli-ahli fikir iaitu dengan mempergunakan akal dan fikiran.

~Azliha, Zahirah, Shuhada~
                                                                                                               

1 ulasan:

  1. salam..
    saya ingin bertanya, untuk sebab, syarat dan mani'(terhalang) ...
    boleh kah berikan contoh yang lebih mendalam lagi berkenaan aspek muamalat? syukran.. =)

    BalasPadam