Hukum wadh’i
ialah khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai sebab
bagi sesuatu yang lain atau sebagai syarat atau penghalang baginya, Berdasarkan
pengertian ini, pembahagian hukum wadh’iterbahagi kepada tiga perkara
dan yang pertamanya ialah Sababiah (سببية), Syartiah (شرطية) dan Mani’iyyah (مانعية). Sababiah (سببية) bermaksud khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu
sebagai sebab. Perbuatan yang berhubung dengannya dinamakan sebagai sebab.
Manakala Syartiah ((شرطية membawa erti yang sebaliknya iaitu khitab
Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai syarat, perbuatan
yang berhubung dengannya dinamakan sebagai syarat. Seterusnya yang ketiganya
ialah Mani’iyyah (مانعية) yang bermaksud
suatu khitab Allah s.w.t yang berkaitan dengan dijadikan sesuatu sebagai
penghalang. Perbuatan yang berhubung dengannya dinamakan sebagai penghalang
yakni mani’.
SEBAB
Dari sudut bahasa ianya bermakna sesuatu yang menghubungkan kepada
sesuatu maksud. Manakala dari sudut istilah ulama’ usul sebab ialah
suatu sifat yang nyata dan tetap yang dijadikan oleh syara’ sebagai
tanda atau petunjuk ke atas kewujudan sesuatu hukum syara’.Daripada
pengertian istilah ini ianya menjelaskan bahawa kewujudan sebab ke atas setiap
perkara merupakan tanda atau petunjuk ke atas wujudnya hukum syara’.
Contohnya seperti kelihatan anak bulan Ramadhan dijadikan sebagai sebab
kewajipan melaksanakan puasa di bulan Ramadhan sepertimana Rasulullah s.a.w
bersabda daripada Abdul Rahaman ibnu Zaid al-Khattab (r.a) yang berbunyi:
صوموا لرؤيتة و افطروا لرؤيتة[1]
Berpuasalah kamu
kerana kamu melihatnya (anak bulan) dan berbukalah kerana kamu melihatnya (anak bulan).
Dan juga di dalam surah al-Baqarah
(185):
فمن شهد منكم الشهر فليصمه[2]
Maksudnya:Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahui), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
Antara contoh lain
yang dijadikan oleh syara’ sebagai sebab ialah gelincir matahari bagi
memulakan kewajipan solat zohor yang terdapat dalam surah al-Isra’ (78):
اقم الصلوا لدلوك الشمش الى غسق
اليل[3]
Dirikanlah olehmu
sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam.
SYARAT
Dari segi bahasa bermakna satu tanda yang
lazim. Manakala dari segi istilah ulamak usul ialah kewujudan sesuatu
perkara bergantung atas kewujudannya tetapi ia (syarat) bukan sebahagian
daripada perkara tersebut. namun, tidak semestinya kewujudan syarat akan
mewujudkan perkara itu tetapi yang pasti apabila ketiadaan syarat, maka perkara
tersebut tidak akan wujud.
Ini
menjelaskan bahawa keadaan hukum sesuatu perbuatan itu sama ada sah atau batal
adalah dipengaruhi oleh kewujudan syarat. Sebagai contohnya, sahnya sesuatu
solatitu adalah kerana syarat-syaratnya ada padanya dipenuhi.Sekiranya syarat-syarat
ini tidak ada maka solat seseorang itu tidak sah. Misalnya tentang kewajipan
berwudhu’ :
يايها الذين ءامنوا اذا قمتم الى الصلوا فاغسلوا وجوهكم
وايديكم الى المرفق وامسحوا بوءوسكم وارجلكم الى الكعبين[4]
Wahai orang-orang
yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas
kecil), maka (berwudhu’lah) iaitu basuhlah muka,dan kedua tangan kamu meliputi
siku dan sapulah sebahagian dari kepala
kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Akan
tetapi dengan berwudhu’, tidak melazimkan seseorang itu untuk melakukan solat
malah mungkin juga untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.
PENGHALANG (mani’)
Penghalang dari
segi bahasa ialah penghalang antara dua perkara. Dari segi istilah ulama’
usul ialah sesuatu perkara yang diletakkan oleh syara’ dengan
kewujudannya akan menjadi sesuatu hukum itu tidak ada atau tidak mewujudkan
sebab atau menbatalkannya.Misalnya seseorang yang dalam keadaan berhadas
dilarang daripada mengerjakan ibadah sehinggalah ia suci. Penghalang bagi
ia mengerjakan ibadat ialah berhadas
berdasarkan firman Allah S.W.T:
وان كنتم جنبا
فاطهروا[5]
Dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka
bersucilah dengan mandi wajib.
Contoh lain ialah penghalang bagi seseorang
mewarisi harta apabila si pewaris merupakan pembunuh kepada si mati, perbezaan
agama merupakan penghalang kepada perwarisan harta dan sebagainya.
PEMBAHAGIAN HUKUM SYARA’ YANG TERDAPAT PERSELISIHAN PENDAPAT DALAM KALANGAN ULAMA’
Para ulama’ telah berselisih
pendapat mengenai beberapa pembahagian hukum yang lain sama ada ia termasuk
dalam bahagian hukumtaklifi atau hukumwadh’i. Hukum –hukum tersebut
ialah hukum ‘azimah dan rukhsah serta hukum sah dan batal.
Ø Pertama: Hukum ‘azimah dan rukhsah
Ada di antara ulama’
yang mengatakan bahawa ‘azimah dan rukhsah termasuk dalam bahagian hukumtaklifi.Alasannya
adalah berdasarkan kepada istilah “azimah” merujuk kepada perkara yang
ditentukan oleh syarak atau diharuskan oleh syara’ kerana keadaan yang
benar-benar mendesak atau keperluan.Oleh itu, sesuatu yang berupa tuntutan atau
diharuskan adala dari hukumtaklifi bukannya wadh’i.
Manakala
ulama’ yang lain pula berpendapat bahawa kedua-duanya adalah termasuk dalam hukumwadh’i
kerana ‘azimah merujuk kepada ketetapan syara’ menjadikan keadaan
normal bagi manusia sebagai sebab diteruskan hukum-hukum asal yang umum,
manakala rukhsah merujuk kepada ketetapan syara’ menjadi sesuatu
keadaan yang mendatang sebagai sebab keringanan sesuatu hukum ke atas hambanya.
Oleh itu, sesuatu yang dijadikan sebab keringanan sesuatu hukum ke atas
hambanya.Oleh itu, sesuatu yang dijadikan sebab merupan hukumwadh’i.Pendapat
yang dipilih seperti seperti yang terdapat dalam buku “al-Wajiz fi Usul
al-Fiqh” adalah pendapat pertama iaitu ‘azimah dan rukhsah daripada hukumtaklifi.
Pengertian ‘azimah
‘Azimah ialah hukum-hukum
yang disyariatkan oleh Allah s.w.t sejak dari permulaan untuk dijadikan hukum-hukum
umum bagi setiap mukallaf dalam semua keadaan. Misalnya pengharaman berbuka puasa pada siang hari dalam bulan Ramadhan
dan kewajipan berpuasa kepada sesiapa yang melihat anak bulan Ramadhan berdasarkan
firman Allah s.w.t :
فمن شهد منكم
الشهر فليصمه
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia
berpuasa di bulan itu.
Oleh itu
kewajipan berpuasa dan pengharaman berbuka puasa merupaka hukum asal (‘azimah)
di mana syara’ menetapkanya sejak awal lagi. Ini kerana pensyariatan
berkaitan dengannya tidak di dahului dengan perintah yang lain. Demikian juga syara’
tidak mengaitkan dalam nas ini dengan
sebarang bentuk keuzuran. Maka jelaslah bahawa dalam hukum ini ia merupakan satu
ketetapan awal yang tidak dikaitkan dengan apa-apa keuzuran serta dalam bentuk
yang umum dan menyeluruh.
Konsep Rukhsah
Rukhsah ialah sesuatu
yang disyariatkan oleh Allah s.w.t daripada hukum-hukum sebagai satu
kelonggaran dan keringanan ke atas mukallaf dalam sestengah kaedaan disamping mengekalkan hukum asal. Diantara
contohnya ialah diharuskan tidak berpuasa bagi orang yang musafir. Maka ia
merupaka hukum syara’ sesuai dengan keuzuran yang ada padanya yaitu
perjalanan (سفر) sebagai keringanan dari hukum asal yang menyeluruh iaitu wajib berpuasa.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
ومن كان مريضا او
على سفر فعدة من ايام اخر[6]
Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Bahagian-bahagian rukhsah
Ulama’ Syafi’iyyah
dan Hambali telah membahagikan rukhsah kepada empat bahagian iaitu
wajib, sunat, harus dan Khilaf al-awla. Jika seseorang muslim sedang berjihad
atau berhijrah ataupun melakukan sesuatu yang dituntut baginya untuk melakukan
perkara tersebut sedangkan dia sedang menahan laparnya untuk memakan sesuatu
maka hukumnya ialah wajib bagi muslim itu seperti memakan bangkai kerana
terpaksa dan demi menjaga nyawanya berdasarkan firman Allah s.w.t :
ولا تلقوا بايديكم الى التهلكه[7]
Selain itu,
terdapat juga sebahagian perkara yang menjurus kepada hukum wajib, tetapi telah
diberikan keringanan bagi seseorang muslim itu untuk melaksanakannya seperti
bagi orang yang sedang bermusafir yang melibatkan perjalanan yang sangat jauh,
serta melibatkan antara dua marhalah maka hukumnya adalah sunat dia
mengqasarkan solatnya berdasarkan hadis Saidina Umar (r.a):
صدقة تصدق الله بها عليكم فاقبلوا صدقته[8]
Hukum rukhsah yang seterusnya ialah melibatkan harus dimana
ia menjurus kepada keadaan menjual salam, sewa dan lain-lain dalan akad
muamalat. Perkara seperti ini mengharuskan seseorang itu melakukannya kerana ia
telah ditetapkan dalam Islam agar dapat menjaga dan menghormati antara satu
sama lain. Ia juga sebagai bukti bahawa dengan melakukan akad dan menjual
salamini dapat mengeratkan ukhuwah antara manusia. Khilaf al-awla juga termasuk
dalam hukum keringanan yang ditetapkan. Hal ini seperti berbuka puasa bagi
musafir yang tidak memudaratkannya jika ia meneruskan puasanya tetapi sekira
sebaliknya, maka dia hendaklah berbuka kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan
dan keselamatan bagi dirinya berdasarkan firman Allah s.w.t :
وان تصوموا خيرلكم[9]
Manakala ulama’-ulama’
Hanafiah pula membahagikan rukhsah kepada empat jenis yang pertamanya
ialah mengharuskan perbuatan yang diharamkan ketika darurat seperti melafazkan
kufur ketika dipaksa dengan ugutan membunuh atau memotong sebahagian anggota
badan sedang hatinya tetap beriman. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
من كفر بالله من بعد ايمنه الا اكره وقلبه مطمين بالايمن
Selain itu, jenis
yang keduanya ialah wajib meninggalkan apabila mendapat kesukaran seperti
berbuka puasa di bulan Ramadhan bagi musafir atau orang sakit. Hal ini lebih
menjurus kepada keringanan bagi
orang-orang seperti yang berpuasa dan
sekiranya terdapat sebarang kesukaran dan kesulitan bagi meneruskan puasanya,
ia haruslah berbuka bagi mengelakkan kemudaratan serta menjaga keselamatan
dirinya begitu juga hal-hal yang lain baginya.
Jenis yang
seterusnya ialah harus melakukan akad-akad dan pengurusan yang
diperlukan manusia walaupun bertentangan dengan kaedah seperti akad jual salam
bertentangan dengan kaedah kerana menjual sesuatu yang tidak wujud semasa
majlis akad.Islam telah menetapkan beberapa hukum yang mudah dan sebagai umat
yang berpegang kepada ajaran Islam seharusnya lebih mengetahui dan lebih
terbuka dalam melaksanakan hukumnya dan perintahnya.Jenis seperti ini adalah
mengharuskan umat Islam melakukan akad apabila terjadi pada waktu yang
diperlukan.Ulama’-ulama’ Hanifah menggariskan jenis rukhsah yang
terakhir yang telah ditetapkan oleh mereka ialah menghapuskan kesukaran yang
disyariatkan pada syariat yang terdahulu dan meringankan pada umat Islam
seperti mensyaratkan bunuh diri untuk bertaubat daripada melakukan dosa dan
sebagainya.Rukhsah jenis ini hanyalah majaz sahaja kerana pada
asalnya ia tidak disyariatkan serta tiada sesuatu itu dinamakan ‘azimah sehinggalah ada rukhsah disebaliknya.
Terdapat juga
mengapa berlakunya rukhsah dalam melakukan sesuatu yang telah
diperintahkan Allah s.w.t antaranya berpuasa di bulan Ramadhan.Bagi musafir
yang sedang berpuasa maka diharuskan berbuka. Selain itu, bagi orang yang
sedang, maka dia juda harus berbuka, begitu juga bagi orang yang terpaksa dan
terlupa akan sebenarnya dia sedang berpuasa maka hendaklah mereka berbuka
kerana dengan jalan ini sahajalah dapat memberi keringanan kepadanya.
Ø Kedua : Hukum Sah dan Batal
Ulama’ usul brselisih pendapat
dalam menentukan kedudukan hukum sah dan batal sama ada dalam bahagian hukum taklifi
atau hukum wadh’i. Sebahagian ulama’ berpendapat kedua-duanya
daripada bahagian hukum taklifi. Mereka memberikan alasan bahawa hukum
sah merujuk kepada syara’ mengharuskan mengambil manfaat terhadap
sesuatu perkara itu sedangkan hukum batal pula merujuk kepada syara’ mengharamkan
mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara tersebut.
Misalnya ,dalam
menyatakan hukum terhadap jualbeli yang sah ia bermakna syara’ mengharuskan
pembeli mengambil manfaat ke atas barangan tersebut. Manakala jualbeli yang
batal pula bermakna syara’ mengharamkan mengambil manfaat ke atas
barangan yang dijual beli itu. Pendapat sebahagian yang lain pula menyatakan
bahawa hukum sah dan batal merupakan bahagian hukum wadh’i. Hujah mereka
berdasarkan kepada perkaitan hukum sah sesuatu perbuatan itu menurut hukum syara’
apabila perbuatan tersebut dilaksanakan bertepatan perbuatan itu menurut syara’
apabila perbuatan tersebut dilaksanakan bertepatan dengan rukun-rukun da
syarat-syaratnya.Sebalik hukum batal ialah apabila sesuatu perbuatan itu tidak
menepati rukun-rukun dan syarat-syarat bagi perbuatan tersebut.
Namun yang demikian, menurut
Dr.Abd.Karim Zaidan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-wajizfi usul al-fiqh’
telah memilih pendapat yang kedua ini kerana berpendapat bahawa di dalam hukum
sah dan batal tidak ada yang berkaitan dengan suruhan.larangan dan pilihan.
Sebaliknya di dalam kedua-dua hukum ini, syara’ hanya menyatakan sifat
bagi sesuatu perbuatan sama ada bertepatan dengan rukun dan syarat ataupun
tidak. Oleh itu, ketetapan syara’ tentang sifat bagi sesuatu perbuatan
merupakan sebab ada atau tiadanya hukum syara’
dan jelas bahawa sebab adalah bahagian daripada hukum wad’h’i.
KONSEP SAH DAN
BATAL
Konsep ini
terbahagi kepada dua iaitu ibadat dan muamalat.Makna bagi ibadatialah segala
amalan yang bertujuan mendampingkan diri kepada Allah s.w.t dan memperkukuhkan
hubungan di antara manusia dengan penciptanya. Manakala muamalat pula membawa
erti segala bentuk akad-akad dan pengurusan yang berlaku sesame manusia seperti
jualbeli,sewa,gadai,berkahwin,bercerai,jenayah dan sebagainya.
[1]
Hadis riwayat Abdul Rahman ibnu Zaid Al-Khattab
[2]
Surah al-Baqarah ayat 185
[3]
Surah al-Isra’ ayat 78
[4]
Surah al-Maidah ayat 6
[5]
Surah al-Maidah ayat 6
[6]
Surah al-Baqarah ayat 184
[9]
Surah al-Baqarah ayat
PENUTUP
Kalangan
Ahli Ushul fiqh,hukum syara’adalah “Kitab(titah) Allah s.w.t yang
menyangkut tindak tanduk mukallaf dalam bentuk tuntutan, pilihan berbuat atau
tidak atau dalam bentuk ketentuan ketentuan.Para ahli fiqh membahaginya
kepada dua bahagian dalam hukum syara’.Pertama hukum
taklifi dan hukum wadh’i.Hukum Taklifi iaitu hukum yang
menjelaskan tentang perintah larangan dan pilihan untuk menjalankan sesuatu
atau meninggalkannya.Contoh hukum yang menunjukkan perintah adalah dirikanlah
solat,membayar zakat dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah.Mazhab Hanafi
membahagikan hukum taklifi ini kepada tujuh iaitu wajib, sunat, haram,
makruh dan harus. Sedangkan hukum wadh’I itu sendiri adalah titah Allah s.w.t
yang berbentuk wadh’i yakni berbentuk ketentuan yang ditetapkan oleh Allah
s.w.t secara tidak langsung mengatur
perbuatan mukallaf,tetapi berkaitan dengan perbuatan mukallaf ituseperti
tergelincirnya matahari menjadi sebab masuknya waktu zuhur. Hukum wadh’i
sendiri terbahagi kepada lima iaitu sebab, syarat, mani’(penghalang), rukhsah,
sah dan batal.Sebahagaian besar ulama’ berpendapat bahawa yang menjadi
sumber hukum syar’i bagi seluruh perbuatan mukallaf ialah Allah s.w.t. Objek
hukum adalah sesuatu yang dikehendaki oleh pembuat hukum untuk dilakukan atau
ditinggalkan oleh manusia.atau dibiarkan oleh pembuat hukum untuk dilakukan
atau tidak.Menurut ahli fiqih objek hukum ialah sesuatu yang berlaku padanya
hukum syara’.Objek hukum adalah perbuatan itu sendiri.Hukum itu berlaku
pada perbuatan dan bukan pada zat seperti daging babi. Subjek hukum disini
adalah perbuatan mukallaf yang menyangkutkan hukum syar’i, dan diisyaratkan
si mukallaf itu untuk mengesahkan taklifnya menurut syariat atas
dua syarat.Pertama hendaklah dia mampu memahami dalil taklif bahawa dia
mampu memahami undang-undang yang dipaksakan kepadanya itu dari Al-Quran dan Al-Sunah.
Itu sendiri atau dengan perantara.Orang yang tidak sanggup memahami dalil taklif
itu maka tidak mungkin diamelaksanakan apa yang dipaksakan kepadanya itu dan
tidak akan berhasil apa yang dimaksudkannya itu.Kemampuan memahami dalil taklif
itu hanya dapat dengan mempergunakan nas-nas yang disusun oleh ahli-ahli
fikir iaitu dengan mempergunakan akal dan fikiran.
~Azliha, Zahirah, Shuhada~